Ni aku nak story-story sikit pasal pengalaman aku kena denda di sekolah oleh seorang insan yang bernama cikgu.
Cikgu aku,dia sorang cikgu disiplin.Ngajar bebudak bahasa omputeh.Pakaian agak kemas,rambut sikat tepi,perut maju kehadapan.Kira six pack jugak ah.Hehehe.
Aku,kalau selisih je dengan beliau memang terasa bulu roma tu bagaikan bangkit terketar-ketar.Sungguh seram..
Walau apa-apa pun,cikgu jangan risau !! Nama cikgu selamat didalam tangan saya.Cikgu jangan macam-macam sudey…
Nak crite seram tak seram bebudak sekolah dengan denda cikgu aku ni.Pepagi hari mesti tak mesti diaorang akan usha-usha setiap kereta yang masuk ke dalam kawasan sekolah,nak nak kereta Gen 2,Kete cikgu omputeh ni lah.Dah macam puaka kot kereta beliau.Hehehe.
Kalau korang nak tau,cikgu aku yang sorang ni kalau tak pelempang bebudak sehari memang tak senang duduk.Berbulu punggung orang kate.
Betul aku cakap!! kalau korang ada kat sekolah aku time tu korang akan dapat tengok free show punye bebudak kena pelepang dek cikgu omputeh ni pada setiap hari.Belum sempat matahari naik menjengah,beliau sudey melepaskan pukulan sudut pelempang keatas bebudak.Naknyer bebudak aku nengok…
Selalunya kalau bebudak masuk pejabat beliau,jarang-jarang je ada bebudak yang kluar tanpa kesan khas yang tertepek dipipi.Faham-fahamlah ye…
Ni crite aku yang sebenarnya.Kat atas tu just intro sikit je pasal cikgu omputeh aku.
Pengalaman Kena Hentak Buku Atas Kepala Oleh Cikgu Dot Dot Dot
Pengalaman kena denda di sekolah yang agak tragis aku rasa.Kena hentak buku atas kepala sambil benjol-benjol.Kalau bukan buku!! pembaris yang beliau jadikan alat untuk mengetuk kepala K.A.M.I semua.
Korang bayangkan sendiri,dengan buku teksnya tiga empat bijik + 254 helai muka surat + berat 100 gram pulak,best-best lutut dia je main hentak-hentak kepala aku.Sekali dia hentak bukan sekali,dan bukan jugak dua kali,tapi tiga kali daaaa……
Pening-pening biawak aku dibuatnya.Kalau ikut hati aku yang hot masa tu,mau je aku tetak-tetak tangan beliau kasi ikan pirana makan!! Tapi apa boleh buat,dia cikgu aku.Aku hormat dia sebab dia ajar aku dengan baek.
Aku kena hentak atas kepala pon atas silap aku jugak.Sebab apa aku pon tak hengat dah.
kalau korang kena hentak buku atas kepala sumpah aku cakap korang akan carut-carut dengan bahasa khurafat korang sampai tiga hari tiga malam tanpa henti.Wakaka…..
Selalunya kalau ada time beliau,kiteorang akan sembunyikkan segala macam buku teks yang tebal-tebal ke dalam laci meja ,lebih-lebih lagi kalau kamus.Mau tak hanco serebrum aku kena hentak dek kamus tu nanti.
psstt : bebudak sekolah aku memang tak sebulu dengan beliau.Garang sangat kot.Teheee..
Denda Jalan Kaki Ayam.Kasut Kena Sangkut Atas Bahu.

Sebab apa aku kena denda sedemikian ?? Mestilah sebab tak basuh kasut….
Aku sebenarnya bukan malas nak main basuh-basuh ni.Tapi kurang rajin sikit.Sahabat -sahabat aku pulak,pada hari pertama persekolahan kalau diaorang tak basuh kasut mesti diaorang guna cara mudah.Iaitu,kasi kaporkan saja sama dia….
Bukan denda setakat tu je,tapi aku and the geng kena berdiri depan tangga guru dimana tempat guru-guru kiteorang naik turun naik turun.Malu besar kemaluan aku hari tu.Tapi aku tak kesah,beliau telah mengajar aku erti supaya lebih berdisiplin.
Tangan Aku Biru Separuh Merah Separuh.Kesan Terkena Libasan Pembaris.

Ni cite pasal Ustaz aku pulak.Nama Ustaz ni pon ada didalam gengaman tangan aku.Hehehe…
Time ni masa nak ambik ujian.Ustaz aku dia nak semua anak-anak murid dia dapat 85% keatas dalam kertas ujian Al-Quran dan Tajwid.Namun,aku hanya mampu meraih mata sebanyak 55% lebih-lebih sikit je.
Walaupun aku lulus dengan markah sedemikian.Beliau mengatakan tiada kompromi sekiranya markah serendah itu.Frak*
Maka,serentak itu beliau terus beredar mencari pembaris,dan seketika itu juga beliau membawa sekujur pembaris yang aku agak-agak memang aku kenal pembaris yang beliau bawakan itu.
Seketika itu jua…
‘Zaaaazzzsss’….terus tangan aku rasa macam kebas-kebas cekodok.
Rasa dia memang kebas gile,dengan keadaan warna tangan yang berlainan.Merah biru bercampur aduk gitu.Memang tangan aku tak bleh gerak dah time tu.Kalau nak menulis tu memang jauh sekali gamaknya.Terketar-ketar tangan aku.
Sejak pertama kali libasan pembaris itu melekat di tangan aku,aku bertekad untuk mendapatkan markah yang melebihi apa yang beliau mahukan.Perit.
Itulah sedikit sebanyak tentang aku dan Pengalaman Kena Denda Di Sekolah.Hoyyeh.
Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini telah dianjurkan oleh AhmadFaizal.com ,Earncent.com dan ditaja oleh Azmanisma, Contengconteng.com,LelakiAcai.com, Ohbuku, Abrablog.com,PanduanTNX.com
p/s : Wan berharap encik titan akan tersenyum apabila membaca post Wan tentang Pengalaman Kena Denda Di Sekolah ni.Kalah menang tu Wan ‘kersok’ tepi dulu.
p/s : ada sesape nak usha blog lama Wan ?? Kalau ada jom ke Blog Xpresi Siber ok.
ppsstt : bagi sesape yang nak join Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah ni, korang boleh terjah ke Blog TiTan ok.





