Pengalaman Kena Denda Di Sekolah

{Pengalaman Kena Denda Di Sekolah}
 

Ni aku nak story-story sikit pasal pengalaman aku kena denda di sekolah oleh seorang insan yang bernama cikgu sewaktu masa dahulu kala.

Cikgu aku,dia sorang cikgu disiplin.Mengajar budak-budak bahasa omputeh.Pakaian agak kemas,rambut sikat tepi,perut maju kehadapan.Kira six pack jugak lah.Muahaha.

Aku,kalau selisih je dengan beliau memang terasa bulu roma tu bagaikan bangkit terketar-ketar.Sungguh seram..

Walau apa-apa pun,cikgu jangan risau !! Nama cikgu selamat didalam  gengaman tangan saya.Cikgu jangan macam-macam sudah…

Nak crite seram tak seram budak-budak sekolah dengan denda cikgu aku ni.Pepagi hari lagi mesti tak mesti diaorang akan usha-usha setiap kereta yang masuk ke dalam kawasan sekolah,nak nak kereta Gen 2.Kete cikgu omputeh ni lah.Dah macam puaka kot kereta beliau.

Kalau korang nak tahu,cikgu aku yang sorang ni kalau tak pelempang bebudak sehari memang tak senang duduk.Berbulu punggung orang kata.

Betul aku cakap!! kalau korang ada dalam sekolah aku time tu korang akan dapat tengok free show punye budak-budak kena pelepang dek cikgu omputeh ni pada setiap hari.Belum sempat matahari naik menjengah lagi,beliau sudah melepaskan pukulan sudut pelempang keatas budak-budak.Naknyer pulak aku tengok…

Selalunya kalau budak-budak masuk pejabat beliau,jarang-jarang je ada yang kluar tanpa kesan khas yang melekat dipipi.Faham-faham je lah ye…

Ni crite aku yang sebenarnya,yang atas tu just intro sikit je pasal cikgu omputeh aku.

Pengalaman Kena Hentak Buku Atas Kepala Oleh Cikgu Dot Dot Dot

Pengalaman kena denda di sekolah yang agak tragis aku rasa.Kena hentak buku atas kepala sambil benjol-benjol.Kalau bukan buku!! pembaris yang beliau jadikan alat untuk mengetuk kepala K.A.M.I semua.

Korang bayangkan sendiri,dengan buku teksnya tiga empat bijik + 254 helai muka surat + berat 100 gram pulak,best-best lutut  dia je main hentak-hentak kepala aku.Sekali dia hentak bukan sekali,dan bukan jugak dua kali,tapi tiga kali.Naik parah jugaklah sekali kena tu..

Pening-pening biawak aku dibuatnya.Kalau ikut hati aku yang hot masa tu,mau je aku tetak-tetak tangan beliau kasi ikan pirana makan!! Tapi apa boleh buat,dia cikgu aku.

Aku kena hentak atas kepala pon atas silap aku jugak.Sebab apa aku pon tak hengat dah.

kalau korang kena hentak buku atas kepala sumpah aku cakap korang akan carut-carut dengan bahasa khurafat sampai tiga hari tiga malam tanpa henti.Wakaka…..

Selalunya kalau ada time beliau,kiteorang akan sembunyikkan segala macam buku teks yang tebal-tebal ke dalam laci meja ,lebih-lebih lagi kalau kamus.Mau tak hanco serebrum aku kena hentak dek kamus tu nanti.

ppssstttt : budak-budak sekolah aku memang tak sebulu dengan beliau.Garang sangat kot.Teheee..

Denda Jalan Kaki Ayam.Kasut Kena Sangkut Atas Bahu

Sebab apa aku kena denda sedemikian ?? Mestilah sebab tak basuh kasut…

Aku sebenarnya bukan malas nak main basuh-basuh kasut ni semua.Tapi kurang rajin sikit.Sahabat -sahabat aku pulak,pada hari pertama persekolahan kalau diaorang tak basuh kasut mesti diaorang guna cara mudah.Iaitu,kasi kaporkan saja sama dia….

Bukan kena denda setakat tu jalan kaki ayam je,tapi aku and the geng kena kerah pulak tayang muka depan tangga guru dimana tempat guru-guru kiteorang naik turun naik turun.Malu besar kemaluan aku hari tu.Cilakak betul!!

Tapi aku tak kesah,beliau telah mengajar aku erti untuk lebih berdisiplin.

Tangan Aku Biru Separuh Merah Separuh.Kesan Terkena Libasan Pembaris

Ni cite pasal Ustaz aku pulak.Nama Ustaz ni pon ada didalam gengaman tangan aku.Hehehe…

Time ni masa nak ambik ujian.Ustaz aku dia nak semua anak-anak murid dia dapat 85% keatas dalam kertas ujian Al-Quran dan Tajwid.Namun,aku hanya mampu meraih mata sebanyak 55% lebih-lebih sikit je.

Walaupun aku lulus dengan markah sedemikian.Beliau mengatakan tiada kompromi sekiranya markah serendah itu.Frak*

Maka,serentak itu beliau terus beredar mencari pembaris,dan seketika itu juga beliau membawa sekujur pembaris yang aku agak-agak memang aku kenal pembaris yang beliau bawakan itu.

Seketika itu jua…

‘Zaaaazzzsss’….terus tangan aku rasa macam kebas-kebas cekodok.

Rasa dia memang kebas gile,dengan keadaan warna tangan yang berlainan.Merah biru bercampur aduk gitu.Memang tangan aku tak bleh gerak dah time tu.Kalau nak menulis tu memang jauh sekali gamaknya.Terketar-ketar tangan aku.

Sejak pertama kali libasan pembaris itu melekat di tangan aku,aku bertekad untuk mendapatkan markah yang melebihi apa yang beliau mahukan.Perit.

Itulah sedikit sebanyak tentang aku dan Pengalaman Kena Denda Di Sekolah.Hoyyeh.

Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini telah dianjurkan oleh AhmadFaizal.com ,Earncent.com dan ditaja oleh AzmanismaContengconteng.com,LelakiAcai.comOhbukuAbrablog.com,PanduanTNX.com

Wan berharap encik titan akan tersenyum apabila membaca post Wan tentang Pengalaman Kena Denda Di Sekolah ni.Kalah menang tu Wan ‘kersok’ tepi dulu.

Ada sesape nak usha blog lama Wan yang blogspot punya?? Kalau ada,jom ke Blog Xpresi Siber ok.

ppsstt : bagi sesiapa yang nak join Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah tu, korang boleh terjah ke Blog TiTan.

 

Related Posts:

  • No Related Posts
Kisah Hidup , , , , , , , ,

3 comments


  1. Pingback: Pendahulu Cabaran SEO yang kacak. | EarnCent.com

  2. kena hentak buku la yg plg skt tue..
    ciktom pernah bt kat kawan lelaki..hahaha
    comel je pic ayam tue..hee
    cik tom recently posted..Pengalaman Budak Nakal di SekolahMy Profile

    • W.HabibuRahman

      Sakit tol Cik Tom,sekali kena tu dah mcm sparuh nyawa je tinggal,tak taulah kalau kena dua tiga kali tu mcm mana…huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge