Permainan Dikala Waktu Kecil Ku 3

Di suatu malam y diselang seli dengan bunyi cengkerik dan katak gomok.Mamat (bukan nama sebenar) sedang merayap-rayap mencari cicak untuk dijadikan santapan pada malam hari.Pistol y tersembunyi didalam poketnya itu mula dicapai ‘slow-slow’ apabila target sudah dijumpai.Dan…

Mamat mula merapati tubuh cicak itu dengan penuh perasaan ghairah(sambil menjilat bibir).Beliau mula mengacukan pistolnya itu kearah cicak tersebut.Tiba-tiba…

Cicak : Uish!! apa main ulur-ulur pistol ni bro….(cicak bersuara)

Mamat : Ko diam!! Nyawa kau dalam tangan aku sekarang (sambil tunjuk-tunjuk atas batang idung)

Cicak : (muka cuak)

Tanpa berfikir panjang lagi,mamat mula membilang…

Mamat : 3…2…1 (membilang waktu kematian cicak) dan…

Klepang klepang (dua das tembakan menerkam laju ke arah body cicak)

Cicak : arhhh….(laungan terakhir y dikumandangkan oleh beliau)

* Cicak,didalam watak ceritera ini beliau adalah target utama didalam kes pembunuhan y dirancang ‘baeikkkk punya’ oleh seorang manusia bernama Mamat.So What??

The End

**********

Ok.Abaikan cerita belah atas tu.aku just nak test power je.Kalau-kalau menarik boleh try apply jadi penulis novel.Wallah.Itu bukan angan-angan tetapi itu adalah pembohongan.

Berbalik pada topik asal kita…

Hari tu aku dah tulis pasal permainan masa kecik versi pertama dan versi kedua kan.Hari ni aku nak sambung balik versi yang ketiga punya.Mana tahu kita-kita semua boleh berkongsi kisah silam nostalgia pahit-manis ketika dedulu-kala ke.

**********

Pistol Cicak.Nama je pistol cicak,tetapi hakikatnya bukanlah untuk menembak si cecicak tetapi untuk menembak body-body manusia.Kalau kena sekali,gerenti aku cakap keliat kelat-kelat punya.Pedih.

Waktu aku sekolah menengah dedulu kala,pistol cicak ni memang menjadi kegilaan member-member seangkatan punyalah.Boleh dikatakan,setiap sorang tu mesti ada dan wajib ada.Kena pulak kiteorang ni jenis tinggal secara berasrama,makanya tiap-tiap malamlah diaorang beraksi dengan pistol masing-masing tu.Pasti,tiap-tiap malam mesti bunyi punya das-das tembakan,tiap-tiap malam pulak mesti berbungkus body.Takot kena tembak…

Ada satu malam tu,kawan BFF aku kena peluru sesat.Bukan kena belah body,tapi kena belah mata.dalam mata pulak tu.Nesab baik tak jadi apa-apa,kalau tak mau baca yasin aku rasa.Tapi salah dia jugak,dia pergi join sekali sape suruh.Hampes.Memang padanlah dengan mata dia.

Catatan : sapa pernah main pistol cicak?? Kongsi-kongsi lah sikit.

**********

Asrama sekolah kami memang tak ada tempat untuk kami bersukan.Apatah lagi padang bola.So…

Pistol Cicak Adalah Sukan Kami.Wallah.Sekarang ni barulah maju sikit sekolah aku tu.Dulu lain sekarang lain.

* Yuk buat kecoh di : WanWidget Blog

Kisah Hidup , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Trend Pemakaian Seluar Londeh

Aku tak pastilah trend seluar londeh ni sejak bila lagi merebak dalam dunia fesyen.Member-member aku pun still setia lagi pekena seluar londeh ni semua macam.Macho belah mana aku pun tak tahulah.

Korang tengoklah sendiri cara pemakain seluar londeh ni gaya mana.Menampakkan seluar dalam yang berpatern-patern tu.Nak-nak kalau patern ‘kity lala’.Muahaha.

Dah macam free show pulak aku rasa,yang berseluar londehnya dok belah depan dan yang dok belah belakang pulak para emak-emak dan bapak-bapak yang dok geleng-geleng kpale.Kena pulak gadis-gadis sunti,mak sedara belah nenek ke,tok imam yang baru balik masjid ke.Tak malu ke ??

“Buat apa nak malu brader,ni kan peshen”.

Ermmm…ok.

**********

Katakan kalau si kucing boleh kutuk-kutuk si pemakainya.Aku pasti,terang-terang lagi si kucing tu kutuk-kutuk secara berjemaah punya.

Ni semua dah kemaruk sangat dengan feshen kot aku rasa.Feshen punya hal.Nampak situ sini pon tak apalah.Bedal saja…

For your information,seorang senator dari negara Amerika Syarikat telah melancarkan kempen yang dinamakan “Naikkan Seluar Anda“.Kata beliau,”seluar londeh atau londehkan seluar memberi imej yang buruk kepada si pemakainnya“.

Nah!! Mat saleh pun suruh pakai baieekkk punya tau.

**********

Bagi aku,tak salah kalau nak ikut peshen-peshen yang macam mana sekali pun.Tapi janganlah terlampau sangat, sampaikan manusia-manusia sekeliling pun naik meluat nak tengok.Tu je.

Ada sesetengah orang,kalau kita tegur sikit pasal feshen yang dia pakai tu mesti dia cakap,”suka hati aku lah,duit aku.Aku tak susahkan orang pun”.

Haaa…orang macam ni kalau korang tak reti nak tegur lebih baik jangan tegur.Lebih-lebih lagi kalau tegur secara direct.

Kemarin,aku ada dengar satu rancangan kat tv 1 ni,dia bincang pasal ‘trick menegur member‘.Cara dia simple and easy je,iaitu dengan 9 puji 1 keji.1 keji tu kira tegur lah.

Catatan : selalunya aku dengar dalam dunia feshen ni yang banyaknya negatiflah berbanding positifnya.Betul ka??

* Yuk buat uwang di : EarnCent Blog

Life Is Full Of Answers Waiting To Be Discovered

Kisah Hidup , , , , , , , , , , , ,