Petua dari paper Sinar Harian punya.Bertarikh 29 Mei 2012.
Cuma ada 3 petua sahaja yang aku nak kongsikan dengan korang iaitu,petua merawat masalah sengugut,petua redakan masalah resdung dan juga petua memutih serta menguatkan gigi.
First sekali : Petua Merawat Masalah Sengugut
Sengugut adalah masalah kesihatan yang paling tidak disukai oleh golongan wanita kerana ia akan menyebabkan mereka tidak mampu untuk melakukan sebarang kerja harian.
Untuk membantu merawat masalah ini,ambil sembilan biji pinang tua kemudian dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang dan ditumbuk hingga halus.
Campurkan serbuk pinang bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut iaitu dari hari pertama datang haid.
Kedua : Petua Meredakan Masalah Resdung
Resdung adalah masalah kesihatan yang berpunca daripada keadaan persekitaran dan amalan pemakanan kurang sihat.
Untuk membantu merawat penyakit ini,anda boleh hiris halus tiga biji bawang merah dan ambil dua helai daun sirih serta secubit biji sawi.
Kesemua bahan itu dimasukkan ke dalam mangkuk dan tuangkan air yang sedang mendidih ke dalamnya.Seterusnya,wap muka anda dan amalkan selalu.
Ketiga : Petua Memutihkan Dan Menguatkan Gigi
Untuk mendapatkan gigi yang putih dan kuat,anda boleh ambil sepotong halia dan sesudu garam kasar kemudian tumbuk sehingga lumat.
Tambahkan sedikit air dan bancuh hingga sebati.Kumur dangan air bancuhan ini setiap kali selepas menggosok gigi sebelum masuk tidur.Amalkan setiap hari.Ia bukan sahaja memberi kebaikan kepada gigi malah turut membuatkan mulut berbau wangi.

hoho..ramai patut cuba ni..

titan recently posted : Mencintai Ain Maisarah – Part 3
3-2,3 untuk perampuan 2 untuk lelaki
onlajer recently posted : Salesman Lelaki kacak
Kena try la petua. Kot-kot mujarab.

shaharil recently posted : Wang Kertas Baru Malaysia Diedar Isnin Ini