Teka-Teki Dari Majalah G3

Kemarin,time aku belek-belek majalah G3 muka surat 95 punya,terjumpa pulak sedikit teka-teki.Agak menarik jugaklah teka-teki dari G3 ni,lawak pun ada.

Makanya,aku rasa ada baiknya juga korang cuba jawap kesemua teka-teki yang aku tulis ni.Korang jangan cepat-cepat tengok jawapan pulak,fikir dulu dalam seminit dua,kasi otak korang tu bergeliga sikit.

Teka-Teki:

1) 10 ekor burung sedang terbang,tiba-tiba guruh berdentum dengan kuat.6 ekor burung terus terbang tanpa masalah tetapi 4 ekor burung dah jatuh ke bumi.Persoalannya kenapa 4 ekor burung tu jatuh ke bumi?

2)Lima pasang stoking direndam dalam Laut Merah.Setiap pasang stoking itu berwarna putih,hijau,biru,kuning dan hitam.Apa akan terjadi kepada semua stoking itu?

3)Dalam banyak-banyak negara,negara apa yang tak boleh duduk?

4)Kenapa anak babi jalan sambil menunduk?

5)Kenapa kalau anjing kena kejar dengan manusia,dia lari sambil pandang belakang?

6)Dalam banyak-banyak kuih,kuih apa yang orang makan tepi-tepi dia sahaja?

7)Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya akan ditutup?

8)Bila gajah jadi ayam,lalu singa jadi ayam dan kambing jadi ayam,maka ayam jadi apa?

9)Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?

10)Bila makan pisang,buang kulit,tapi kalau makan kulit,buang apa?

11)Mula-mula aku buka baju,lepas tu aku sapu bedak,setelah badanku disapu bedak,aku pun terjun ke dalam tasik.Lalu aku mandi,setelah selesai mandi,aku pun naik tasik.Siapakah aku?

12)Badannya keras tapi kurus,tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam,apa itu?

13)Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah?

14)Ada satu benda,kita berdiri dia baring,kita baring dia berdiri tapi kita jalan dia pun ikut sama.Nak tinggal tak boleh pulak tu.

Jawapan:

1.Sebab 4 ekor burung yang lain tutup telinga.

2.Jadi basah.

3.Negaraku.

4.Sebab dia malu mak dia babi (Memang Dasar anak tak sedar diri)

5.Sebab anjing tak ada side mirror.

6.Kuih donut.

7.Kalau matanya yang ditutup,dia tidak dapat melihat.

8.Bilangan ayam jadi banyak.

9.Lampu jiran tetangga kita.Cubalah pecahkan kalau nak try tengok keluar ke tak orangnya (Silap haribulan bukan keluar orang tapi keluar kapak)

10.Buang tebiat.

11.Pisang goreng.

12.Anak mancis.

13.Orang naik beca semasa hujan.

14.Tapak kaki kita.

Related Posts:

Lawak , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge