Tips Untuk Mudah Menabung

Pendahuluan kita skip,masuk isi terus.Ni bukan karangan SPM ya. :)

Mula-mula sekali.Jika korang seorang perokok,berhenti sekarang.Kerana dengan cara sebegini sahaja korang dapat megurangkan penggunaan wang kepada perkara-perkara yang tak berfaedah.Selain itu,badan korang juga akan lebih sihat dan hidup bebas dari dikelilingi asap-asap mendung.

Kedua.Bawa bekalan dari rumah ke tempat kerja.Mesti jimat punya,korang tak payah dah perhabis duit beli nasi ke apa dekat mana-mana kedai makan nanti.

Ketiga.Tukar mood.Kalau dulu korang jenis yang suka makan-makan dekat restoran yang mewah-mewah,sekarang korang tukar makan dekat memana kedai tepi jalan.

Keempat.Kurangkan pengunaan elektrik.Hal semacam ni selalunya ramai yang tak boleh kawal.Kadang-kadang pasang aircon sampai ke pagi.Gila sejuk.

Kelima.Ajar anak-anak menabung.Cakap dekat anak-anak kesayangan korang tu kalau ada baki lebih ke apa ke,cepat-cepat simpan dalam tabung.Kadang-kadang simpan dalam tabung rumah ni tak menjadi sangat.Solusinya korang perlu buka akaun bank untuk mereka.

Keenam.Bayar segala macam bil secara online,dengan cara macam ni korang boleh jimat minyak kereta dan boleh juga jimat bayaran parking kereta.Tapi korang kena berhati-hatilah masa guna  internet nanti.Aku tak tanggung.

Ketujuh.Rancang pembelian barangan dapur.Buat satu list barang apa yang perlu korang beli masa pergi pasar nanti.Aku risau,kalau tak buat list barang-barang yang wajib dibeli karang tak pasal-pasal duit mengalir macam air.

Cuba korang simpan sposen sari sampai 20 tahun tengok brape yang korang akan dapat.

Related Posts:

How To , , , , , , , , , , ,

2 comments


  1. tips yang bagus n biasa ciktom praktiskan juga..ciktom mmg suka menabung…dr kecil smpi dah kerja ni..nanti nak share juga cerita menabung ni..huhu
    cik tom recently posted : Thanks Rosetta Collection dan Udinz[dot]ComMy Profile

  2. Tips yang sangat menarik dan praktikal untuk diamalkan.
    Mohd Azwan Bin Mohd Buang recently posted : Udang Galah & Patin Sungai Pahang.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge