Trend Pemakaian Seluar Londeh

Aku tak pastilah trend seluar londeh ni sejak bila lagi merebak dalam dunia fesyen.Member-member aku pun still setia lagi pakai seluar londeh ni semua macam.Macho belah mana aku pun tak tahulah.

Korang tengoklah sendiri cara pemakain seluar londeh ni gaya mana.Menampakkan seluar dalam yang berpatern-patern tu.Nak-nak kalau patern “Kity Lala”.Muahaha.

Dah macam free show pulak aku rasa,yang mamat berseluar londehnya dok belah depan dan yang dok belah belakang pulak para emak-emak dan bapak-bapak yang dok geleng-geleng kepale.Kena pulak gadis-gadis sunti,mak sedara belah nenek ke,tok imam yang baru balik masjid ke.Tak malu ke ??

“Buat apa nak malu brader,ni kan feshen”.

Ermmm…ok.

**********

Katakan kalau si kucing boleh kutuk-kutuk si pemakainya.Aku pasti,terang-terang lagi si kucing tu kutuk-kutuk secara berjemaah punya.

Ni semua dah kemaruk sangat dengan feshen kot aku rasa.Feshen punya hal.Nampak situ sini pon tak apalah.Bedal saja.

For your information,seorang senator dari negara Amerika Syarikat telah melancarkan kempen yang dinamakan “Naikkan Seluar Anda“.Kata beliau,”seluar londeh atau londehkan seluar memberi imej yang buruk kepada si pemakainnya“.

Nah!! Mat saleh pun suruh pakai cun-cun punya tau.

Bagi aku,tak salah kalau nak ikut feshen-feshen yang macam mana sekali pun.Tapi janganlah terlampau sangat, sampaikan manusia-manusia sekeliling pun naik meluat nak tengok.Tu je.

Ada sesetengah orang,kalau kita tegur sikit pasal feshen yang dia pakai tu mesti dia cakap…

suka hati aku lah,duit aku.Aku tak susahkan orang pun”.

Haaa! orang macam ni kalau korang tak reti nak tegur lebih baik jangan tegur.Lebih-lebih lagi kalau tegur secara direction.

Kemarin,aku ada dengar satu rancangan dekat tv 1 ni,dia bincang pasal ‘trick menegur member‘.Cara dia simple je,iaitu dengan 9 puji 1 keji.1 keji tu kira tegur lah.Jangan korang keji pulak,karang tak pasal-pasal kapak pelekat belah kepala.Mau mati?

Nota Kaki : selalunya aku dengar dalam dunia feshen ni yang banyaknya negatiflah berbanding positifnya.Betul ke?

Life Is Full Of Answers Waiting To Be Discovered

Related Posts:

Kisah Hidup , , , , , , , ,

7 comments


  1. erk terseksa ciktom tgk pic tue..apa la yg bgs trend camtu..nmpk selekeh ada la..huhu
    cik tom recently posted : Penyakit Kura-kura dan Cadangan Cara MerawatMy Profile

  2. nmpk selekeh dan xder wawasan ada la
    Juan recently posted : The Sketchbook Project | I try to sketch againMy Profile

  3. saya dimaklumkan yang tren ini biasa dilakukan oleh banduan di amerika yang sedang gersang dan inginkan hubungan seks di penjara (sesama jantina). Seluar londeh itu sebagai isyarat diantara mereka..

    Tak pasti itu betul atau tidak,tapi itu pemahaman saya yang selama ini la..
    Pejuang Kesenian Extreme recently posted : Yuna – Terukir Di BintangMy Profile

  4. Itulah fesyen…. :) semua nak lain dari yg lain.
    shraqs recently posted : Jana Duit Melalui Blog Dengan Sponsor PostMy Profile

  5. Trend Pemakaian Seluar Londeh yang tak faham faham ni.. Nampak ugly la.
    Jobless Girl recently posted : Flexible Part And Full TimeMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge